Penyandang kerusi Parlimen Klang, Charles Santiago memfailkan saman pemula terhadap kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan pembubaran Parlimen Isnin lalu.<br /><br />Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa, untuk menghalang SPR daripada mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.
